
SPA WARISAN MELAYU
Sehat dan CanteQ luar dalam🌸
Nikmati suasana SPA TRADISIONAL MELAYU ala KAMPUNG yang mempesonakan sambil meneroka semua rawatan luar biasa yang kami tawarkan di SPA WARISAN MELAYU. Spa kami benar-benar santai, dan anda akan dilayan mesra. Ini membantu menenangkan fikiran, badan dan jiwa anda. Rasa seperti jauh seketika dari hiruk pikuk kota dan persekitaran tempat kerja yg memenatkan. Belai diri sambil ditenangkan dengan bunyi dengungan alat muzik @ bunyian terapi alam semulajadi. Dihidangkan dengan minuman kesihatan @ herba yg mampu memulihkan dan memberi kecergasan semulajadi❤️

Urutan Tradisional Melayu
SPA WARISAN MELAYU menawarkan Urutan Tradisional Melayu seluruh badan menggunakan Minyak Urut Warisan turun temurun dari nenek untuk melegakan ketegangan urat saraf, keletihan dan melegakan otot.

Penjagaan Ibu Bersalin dan Berpantang
Pakej penjagaan ibu selepas melahirkan, waktu untuk berpantang. Berpantang atau merawat diri ibu dan bayi secara Tradisional dan alami. Dilayan seperti ahli keluarga sendiri dengan kasih sayang❤️

Bertangas Basah & Kering
Bertangas adalah rawatan Tradisional bagi merawat permasalahan dalaman dan miss v wanita. Terdapat pelbagai kebaikkan. Jom nikmati dan rasai pengalaman sebelum dan selepas bertangas😉 Terutama bagi yang telah berkahwin❤️

Urutan Kaki
Tenang.. Melegakan… kaki yang kepenatan dan lenguh diurut. Sebelum urutan kaki.. Anda juga boleh memilih jenis rendaman kaki. Terdapat pelbagai variasi. Konsultasi akan diberikan kepada anda mengikut kesesuaian anda pada waktu tersebut.

Lulur
Lulur untuk keseluruhan badan atau hanya ingin memfokuskan pada bahagian2 tertentu. Lulur adalah untuk membuang sel kulit mati serta dapat mencerahkan atau dapat mengembalikan tona sekata kepada bahagian tubuh yg gelap.

Pakej Berpantang di SPA WARISAN MELAYU
Terdapat pelbagai pakej mengikut keperluan ibu dan bayi selepas selamat melahirkan. Herba Tradisional, Daun2 segar dan batu sungai adalah antara keistimewaan di SPA WARISAN MELAYU dalam merawat ibu dalam pantang. Boleh tekan link untuk Quotation Pakej dibawah:
🌸Pakej Klasik Ibu Berpantang
🌸Pakej Klasik 2 Ibu Berpantang
🌸Pakej Klasik 3 Ibu Berpantang
🌸Pakej Klasik 4 Ibu Berpantang
🌸Pakej Penutup Pantang
🌸Pakej Ikhtiar Hamil
🌸Urutan Ibu Mengandung
🌸Pakej Makanan Dalam Pantang

Pakej Cukur Rambut Bayi
Mencukur rambut bayi merupakan salah satu perkara sunat yang digalakkan oleh syarak. Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali RA, katanya:
عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda:“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.”
Mencukur rambut untuk Kebersihan, keselesaan bayi, untuk pertumbuhan rambut baru yg lebih baik, peredaran darah dikepala. Elok dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran🌸
Are you ready for some peace of mind? Join us today.
Manjakan dirimu di SPA WARISAN MELAYU
SPA WARISAN MELAYU adalah dimana tempat untuk anda merawat dan merehatkan diri agar tampil sihat, segar dan cantik dari dalam secara alami dengan konsep Tradisional atau Orang lama @ orang dulu-dulu. Melangkah masuk ke dalam SPA WARISAN MELAYU seolah anda pulang dan berada di kampung untuk beristirehat dan jauh dari kota buat sementara. Jom rasai pengalaman suasana santai sambil dengarkan dengungan bunyi yg mengasyikkan, menenangkan dlm suasana kampung di SPA WARISAN MELAYU.

Reviews
In Their Words
Eiza
Salam kak sue , nak review pakej berpantang dgn kaksue selama urut pantang 14hari ..
untuk urutan ibu , eiza puashati sebab kksue urut mmg best terasa sgt urutan tu .. badan rasa lega & segar lepas urut..bertungku pun terasa & bagus ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️mandi herba & tangas ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️berdiang batu pun best (sampai tertido) sauna ⭐️⭐️ ⭐️⭐️⭐️Lulur ⭐️⭐️⭐️⭐️
untuk baby mmg puas hati sbb kk sue uruskan baby dgn teliti & bt kerja yg kemas ..
selama 14hari ni service kksue mmg terbaik , terima kasih bnyk ya ❤️
Pakej Klasik 3 Ibu Berpantang
Honestly sy sgt berpuas hati dgn servis berpantang dri kaksue. Kaksue uruskan sy dan anak dari mandi sampai lah berbengkung. Sy selesa,jadual pun teratur.tangan kaksue tgn org berpengalaman.urut sedap,param pilis semua lengkap lah. Thanks kak sue utk servis ni dan hadiah utk bby.🥰😘😍
Urutan Tradisional Melayu
Macam fresh... X letih, ringganya badan 😁😁
Pakej Klasik Ibu Berpantang
Assalamualaikum kak sue..mf lmbt bg feedback, busy menguruskn anak²..btw, terima kasih byk utk pakej mengurut pantang yg sgt padu dan terbaik. Sebelum mendapatkan khidmat akk, since keluar wad badan sgt lemau dan sakit²..lps 3 hari mengurut, badan rasa lega sgt dan lebih bertenaga. Seriuosly mandian herba👍🏻, urutan yg padu ditambah dgn bertungku yg sgt sedapp . Insha Allah sy akan recommed kt kwn² jg nt.
Terima kasih ya kak utk 4hari yg sgt indah..terima kasih bg free pakej uruskan baby sekali. Moga Allah limpahkan rezeki utk akk sekeluarga🤲Terima kasih jg bg hadiah kt baby Marissa🥰🫶
Pakej Berpantang Klasik + Berdiang Batu
Alhamdulillah, terima kasih pada sahabat aeiza yg merperkenalkan Spa warisan. Puasa Hati sangat2 dengan layanan, service, tungku Dan cara urutan untuk ibu berpantang dr perkhidmatan Kak sue. Saya ambik Pakej 1 (3 Hari) + berdiang batu. Selepas mandi herba, mengurut n bertungku memang rasa sangat fresh Dan hilang segala kesakitan, lemau n angin2 dlm badan.Digalakkan ibu2 yg Caesar ambik berdiang batu, fuhhhh terasa belakang badan n pinggang Lega sangat2. harga yg ditawarkan sangtlah berbaloi dgn pakej yg ditawarkan. Paling best kak sue x kedekut ilmu n bg tips n sharing penjagaan dlm pantang. Pada "mom to be" cubalah service Spa warisan melayu... Tak menyesal sungguh x menyesal mesti repeat lagi. Terima kasih Kak SUE.
Urutan Tradisional Melayu
Alhamdulillah sgt best..sakit kepala urat tegang pon dah ok & bdn pon rasa ringan....tqvm Misz Sue...in shaa Allah nnt repeat.
Urutan Tradisional
Perkhidmatan yang bagus, kalau lenguh-lenguh badan boleh cuba...puas hati.
Urutan Tradisional Melayu
Terbaik, saya puashati. Tq sue🥰
Robbie White
This is your Testimonial quote. Use this space to share reviews about your place, your products and the experience at your spa. Get your site visitors excited to jump into action!
Anda dah bersedia untuk luangkan masa menikmati dan merasai sendiri pengalaman anda di SPA WARISAN MELAYU? Jom buat temujanji sekarang! 🥰
